1 Sejarah
Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPENJ) ditubuhkan di bawah Kemajuan Negeri Johor.
UPENJ mula beroperasi sebagai sebuah jabatan negeri dengan peruntukan perbelanjaan tersendiri.
Berikutan peningkatan bilangan kakitangan dan tanggungjawab, jabatan berpindah ke Blok B (Blok Baharu) dan dikenali sebagai Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJ) sehingga kini.
2 Objektif
Mengkaji semula dasar kerajaan, mengesan, meneliti dan memantau keberkesanan perancangan untuk projek-projek penswastaan, projek khas dan infrastruktur, perumahan dan kerajaan tempatan dari sudut pencapaian matlamat projek yang ditetapkan, termasuk memperkasakan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor.
Menyelia, mengkaji dan menyelaras semula dokumen Pelan Induk Pembangunan Negeri, Pelan Ekonomi Negeri, Rancangan Struktur Wilayah, Daerah dan Tempatan, serta Belanjawan Tahunan Negeri, di samping memastikan semua urusan pentadbiran kewangan diuruskan dengan cekap dan efisien.
3 Visi & Misi
Visi
Menjadi peneraju utama perancangan ekonomi negeri yang cekap, telus dan responsif, selaras dengan aspirasi Visi Johor ke arah Negeri Maju 2030.
Misi
Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar serta projek pembangunan negeri secara strategik demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Johor.
