Selasa, 29 September 2026
18/09/2026

SESI LIBAT URUS BELANJAWAN PERSEKUTUAN 2027 BERSAMA PEMAIN INDUSTRI PEMBUATAN NEGERI JOHOR

815187528 1410632051255699 7138532141769352049 n
Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJ) dengan kerjasama Bahagian Pemantauan Projek dan Kesejahteraan Rakyat (BPPKR) serta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) telah menganjurkan Bengkel Pembasmian Kemiskinan Negeri Johor pada 22 September 2026.
 
Bengkel ini merupakan antara usaha proaktif Kerajaan Negeri Johor dalam memperkukuh dan mentransformasi strategi pembasmian kemiskinan agar lebih berkesan, bersepadu dan berimpak tinggi, dengan memberi tumpuan kepada peningkatan taraf sosioekonomi serta kesejahteraan rakyat secara menyeluruh ke arah merealisasikan aspirasi kemiskinan sifar di Negeri Johor.
 
Bengkel ini turut dihadiri oleh YB Puan Hajah Hasrunizah binti Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, bersama YB Puan Chan San San, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor.
 
Selaras dengan pendekatan keseluruhan kerajaan (whole-of-government), bengkel ini menghimpunkan pelbagai jabatan dan agensi merentas sektor, termasuk pendidikan dan penerangan, pembangunan industri asas tani dan kemajuan luar bandar, hal ehwal agama Islam serta pembangunan usahawan dan koperasi.
 
Penglibatan menyeluruh ini penting bagi menyelaras dasar, program dan intervensi sedia ada, di samping mengenal pasti pendekatan baharu yang lebih bersasar dan mampan dalam menangani isu kemiskinan. Sinergi antara jabatan dan agensi diharap dapat memperkukuh usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan memberi impak nyata serta manfaat secara langsung kepada rakyat Johor.
PRESTASI EKONOMI LAPORAN EKONOMI JAWATAN KOSONG