Selasa, 29 September 2026
28/08/2026

PROGRAM PEMBANGUNAN KEROHANIAN DAN SAHSIAH DIRI BAHAGIAN PERANCANG EKONOMI NEGERI JOHOR

788764617 1395015976150640 1822928548519441791 n
Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPEN Johor) dengan kerjasama Kelab Sukan, Rekreasi dan Kebajikan BPEN Johor (UpenKlub) telah menganjurkan Program Pembangunan Kerohanian dan Sahsiah Diri sempena Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M pada 28 Ogos 2026 (Jumaat) bertempat di Masjid Daing Abdul Rahman, Iskandar Puteri.
 
Jabatan ini telah menjemput Al-Fadil Ustaz Mohd Hazim bin Hazmi dari Sekolah Agama Bandar Putra, Kulai yang telah menyampaikan ceramah bertajuk “Membina Ekonomi Ummah Dengan Akhlak Nabi” dalam membentuk sahsiah dan memperkukuh kerohanian.
 
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Nazir bin Haji Mohd Nasir, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) dan Yang Berusaha Dr. Amirul Haffiz bin Ariff, Setiausaha Bahagian BPEN Johor serta warga kerja jabatan ini.
 
Penganjuran program ini bertujuan untuk memberi nilai tambah dalam pembentukan peribadi unggul, memperkukuh ukhuwah dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja bahagian ini selaras dengan aspirasi perkhidmatan awam Negeri Johor.
PRESTASI EKONOMI LAPORAN EKONOMI JAWATAN KOSONG