ECONOMIC SYNERGY EXECUTIVE TALK, MEMBINA KETAHANAN EKONOMI JOHOR DALAM KETIDAKTENTUAN SITUASI KRISIS GLOBAL
Sesi Economic Synergy Executive Talk telah diadakan pada 14 Mei 2026 bertempat di Novotel Johor Bahru City Centre.
Program ini merupakan platform strategik sebagai pendedahan yang seimbang antara pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat khususnya dalam mendepani cabaran situasi krisis semasa serta peningkatan kos sara hidup.
Sesi perkongsian disampaikan oleh YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan bin Ghazali, Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM) dan diserikan dengan kehadiran YBhg. Tuan Hj. Ahmad Nazir bin Hj. Mohd Nasir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan) serta pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri dan Persekutuan dengan penekanan terhadap keperluan merangka perspektif ekonomi yang lebih menyeluruh, inklusif dan berpaksikan kesejahteraan rakyat.
Program ini turut menzahirkan komitmen Kerajaan Negeri Johor dalam memperkukuh sinergi antara pihak akademia, jabatan, agensi dan pemegang taruh strategik bagi memastikan pembangunan ekonomi negeri kekal mampan, responsif dan memberi manfaat kepada seluruh Bangsa Johor.










