Loading

  • Mengkaji semula dasar kerajaan, mengesan, meneliti dan memantau keberkesanan perancangan untuk projek-projek penswastaan, projek khas dan infrastruktur, perumahan dan kerajaan tempatan dari sudut pencapaian matlamat projek yang ditetapkan termasuk memperkasakan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor.
  • Menyelia, mengkaji dan menyelaras semula dokumen Pelan Induk Pembangunan Negeri, Pelan Ekonomi Negeri, Rancangan Struktur Wilayah, Daerah dan Tempatan, Belanjawan Tahunan Negeri serta memastikan semua urusan pentadbiran kewangan diuruskan dengan cekap dan efisien.
  • Menjalankan Kajian dan Penyelidikan, membuat penyelarasan dan pemantauan berkaitan isu-isu Pembangunan, Ekonomi, Sosial, Perikanan, Pertanian, Alam Sekitar, Pelancongan dan Pembangunan Wilayah Koridor Ekonomi di peringkat mikro dan makro.