Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor(UPENJ) telah ditubuhkan di Negeri Johor di bawah Kemajuan Negeri Johor pada tahun 1973.
Pada Tahun 1983, UPENJ mula beroperasi sebagai sebuah jabatan negeri yang bersaing dengan peruntukan perbelanjaan tersendiri.
UPENJ telah mula beroperasi di Bangunan Sultan Ibrahim dari 1983 hingga 10 April 2009 dan telah berpindah ke kota Iskandar di Iskandar Puteri (Ketika itu dikenali sebagai Nusajaya) dan mula beroperasi di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad bermula 13 April 2009.
Dengan peningkatan bilangan kakitangan berserta peningkatan tanggungjawab yang di galas oleh jabatan ini. UPENJ berpindah ke blok B iaitu Blok Baharu bermula pada 1 Januari 2019 dan dikenali sebagai Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJ)