Telah berlangsung Sesi Taklimat Berkaitan Ekosistem Pembangunan Modal Insan Negeri Johor kepada pegawai dan kakitangan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJ) pada 20 Ogos 2026.
Sesi ini dianjurkan dengan kerjasama Unit Strategik Modal Insan Johor (JTDC) dan turut melibatkan perkongsian daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), PERKESO, HRD Corp dan TalentCorp.
Sesi perkongsian ini memberi gambaran yang lebih menyeluruh mengenai landskap pembangunan modal insan Negeri Johor, meliputi aspek penyediaan bakat melalui pendidikan, keperluan dan perubahan pasaran buruh, kesesuaian kemahiran dengan keperluan industri serta inisiatif pembangunan bakat dan peningkatan kompetensi tenaga kerja.
Pembangunan ekonomi negeri bukan sahaja bergantung kepada pelaburan, infrastruktur dan peluang pekerjaan, malah turut dipacu oleh keupayaan menyediakan bakat dan tenaga kerja yang memenuhi keperluan ekonomi semasa serta mendatang.
Perkongsian ini diharap dapat memperkukuh kefahaman dan perspektif pegawai BPENJ dalam merangka perancangan pembangunan negeri yang lebih menyeluruh, khususnya dari aspek pembangunan modal insan dan bakat bagi menyokong pertumbuhan ekonomi Negeri Johor.
BPENJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Unit Strategik Modal Insan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, PERKESO, HRD Corp dan TalentCorp atas perkongsian ilmu, pandangan serta input yang sangat bermanfaat sepanjang sesi ini serta kerjasama dan komitmen semua pihak amat dihargai dalam memperkukuh agenda pembangunan modal insan Negeri Johor.










