Rabu, 29 Julai 2026
18/06/2026

Majlis Pelancaran Pelan Transformasi Ekonomi Negeri Johor (JETP)

725457139 1332411605744411 6368174073009628144 n
 

Pelan Transformasi Ekonomi Negeri Johor (JETP)

 

Majlis Pelancaran Pelan Transformasi Ekonomi Negeri Johor (JETP) yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor telah diadakan pada 18 Jun 2026 di Persada International Convention Centre, Johor Bahru.
 
Pelan Transformasi Ekonomi Negeri Johor (JETP) yang dirangka selaras dengan agenda Maju Johor 2030 bagi memacu landskap ekonomi dan melonjakkan kedudukan negeri Johor sebagai kuasa ekonomi utama di Malaysia.
 
Melalui langkah proaktif ini, JETP menyasarkan transformasi menyeluruh bagi meletakkan Johor di landasan pertumbuhan yang dipacu oleh inovasi.
 
Menjelang tahun 2030, pelan strategik ini menetapkan tiga sasaran utama yang cukup signifikan iaitu meningkatkan nilai KDNK Johor kepada RM260 bilion dan KDNK per kapita melebihi RM69,000 di samping akan mewujudkan lebih 200,000 peluang pekerjaan baharu yang berkualiti tinggi dan inklusif.
 
Bagi mencapai impak ekonomi yang mampan, fokus utama JETP adalah melalui penekanan pasaran dan realisasi pelaburan sektor swasta secara inklusif untuk memacu pembangunan yang saling melengkapi di setiap 10 daerah Negeri Johor.