Telah berlangsung Executive Talk Junior Executive Leadership Programme (JELP) 2026 pada 29-31 Julai 2026 bersama Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan) dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor.
Program ini merupakan platform perkongsian ilmu dan pengalaman yang bertujuan memperkukuh kompetensi kepimpinan, tadbir urus serta penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang selain dapat menjadi wadah yang berkesan dalam membentuk barisan pemimpin muda yang kompeten, berintegriti dan berwawasan, selaras dengan aspirasi memperkukuh kecemerlangan perkhidmatan awam Negeri Johor.
Melalui sesi perkongsian ini, para peserta didedahkan dengan aspirasi, hala tuju serta nilai-nilai kepimpinan yang mampu memperkasakan budaya kerja berprestasi tinggi, berintegriti dan berorientasikan kecemerlangan dalam usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam Negeri Johor.
Pada hari pertama, turut hadir dalam program ini ialah Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Nazir bin Haji Mohd Nasir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan), Dr. Amirul Haffiz bin Ariff, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor serta pegawai-pegawai daripada BPEN Johor.











