Jumaat, 16 Oktober 2026
11/10/2026

Program Membudayakan Al-Quran, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor

844737642 1433044392347798 5234747698414596566 n
Program Membudayakan Al-Quran, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor diteruskan lagi pada 9 Oktober 2026, Jumaat.
 
Program yang diadakan dalam suasana harmoni sebagai satu usaha berterusan untuk membudayakan pembacaan serta penghayatan Al-Quran dalam kehidupan seharian.
 
Al-Fadhil Ustaz Abuzar Ghifari bin Ali Siddik, merupakan Pendakwah Bebas Bertauliah Negeri Johor dan Guru Takmir Johor Bahru telah menyampaikan tazkirah serta memimpin bacaan ayat suci Al-Quran dengan penuh hikmah dan pengisian rohani yang menyentuh hati bagi membantu para kakitangan memahami maksud serta pengajaran yang terkandung dalam ayat-ayat yang dibaca.
 
Semoga program seumpama ini terus menjadi wadah memperkukuh nilai rohani dan menyemai kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan warga kerja dengan penghayatan serta panduan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.
 
PRESTASI EKONOMI LAPORAN EKONOMI JAWATAN KOSONG