Fungsi Seksyen Pentadbiran & Pengurusan Maklumat Ekonomi

  • Mengurus urusan berkaitan pentadbiran dan kewangan jabatan bagi memastikan fungsi-fungsi semua seksyen bergerak lancar di dalam memenuhi visi dan misi jabatan.
  • Merangka strategi pembangunan secara menyeluruh serta menyelaras penyediaan Belanjawan Tahunan Negeri Johor selaras dengan strategi di bawah Rancangan Johor Lima (5) Tahun (RJ5T)
  • Menyedia dan menganalisa data-data berkaitan sosio ekonomi
  • Merangka polisi berkaitan sektor Teknologi, Komunikasi dan Maklumat (ICT)

Fungsi Seksyen Pembangunan Sektoral

  • Merangka strategi pembangunan berkaitan sektoral antaranya bagi pertanian, perlancongan, perkhidmatan kesihatan, alam sekitar, keselamatan, pendidikan, pembuatan, industri, sains & inovasi, usahawan-usahawan, infrastruktur darat, air dan udara serta pembangunan kemudahan awam bandar & luar bandar.
  • Menyelaras  projek-projek, program-program selaras dengan strategi-strategi bagi pertanian, pelancongan, perkhidmatan kesihatan, alam sekitar, keselamatan, pendidikan, pembuatan, industri, sains & inovasi, usahawan-usahawan, infrastruktur darat, air dan udara serta pembangunan kemudahan awam bandar & luar bandar.
  • Menilai pelaksanaan projek-projek yang akan dan telah dilaksanakan selaras dengan strategi-strategi pembangunan sektoral.

Fungsi Seksyen Pembangunan Wilayah & Perbandaran, Projek Khas Dan Minyak & Gas

  • Menyelaraskan dan memantau projek-projek pembangunan secara usahasama di antara kerajaan negeri dan syarikat swasta dalam membangunkan tanah-tanah milik kerajaan negeri.
  • Menguruskan dan memantau projek-projek khas kerajaan negeri termasuk Infrastruktur Sukan dan Utiliti.
  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC)
  • Menyelaras dan memantau Rancangan-Rancangan Pemajuan Seluruh Negeri Johor di Bawah Akta 172, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976.