Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor dengan kerjasama PlanMalaysia@Johor menyertai Smart Melaka International Expo 2023 (SMIX 2023) sebagai rakan pempaper pada 12 hingga 14 Oktober 2023 bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC).
Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab. Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka bersama delegasi kerajaan negeri Melaka berkesempatan mengunjungi Booth Maju Johor bagi melihat inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Johor berteraskan Maju Johor dan Blueprint Bandar Pintar Negeri Johor 2030.