Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Industri dan Jawatankuasa Kerja Pasaran Karbon di bawah Majlis Pembangunan Hijau Negeri Johor

Dua mesyuarat berkaitan telah diadakan pada 19 Jun 2024 (Rabu) bersama agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan pemain-pemain industri. Mesyuarat yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada pemegang taruh berkenaan status inisiatif yang dijalankan berkaitan industri dan pasaran karbon susulan daripada pelancaran Johor Green Deal pada hujung tahun 2023.
 
Hasil mesyuarat ini seterusnya akan dibawa untuk pertimbangan selanjutnya di dalam Mesyuarat Majlis Pembangunan Hijau Negeri Johor yang dijangka akan diadakan pada awal Julai 2024.
 
 
Semoga segala usaha yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya seiiring dengan hasrat menjadikan Johor sebuah negeri yang rendah karbon, mampan dan berdaya huni.