SESI AMANAT YAB MENTERI BESAR BAGI KICK OFF BELANJAWAN 2025

9 Julai 2024 | SELASA : Sesi Amanat YAB Menteri Besar bagi Kick Off Belanjawan 2025 pada 09 Julai 2024 di Dewan Mesyuarat Blok C, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad.

Sesi amanat ini turut dihadiri oleh YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, Ahli – Ahli Mesyuarat Kerajaan Johor serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan bagi hala tuju dan input penyediaan dalam merangka Belanjawan 2025 yang disampaikan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor.

Bertunjangkan kepada Enam (6) Teras Agenda Maju Johor, semua jabatan dan agensi diminta bersiap sedia dengan perancangan yang hendak dilaksanakan dalam memastikan pelaksanaan tersebut dapat dirasai oleh rakyat dan golongan sasar.

Sesi amanat tersebut juga telah dihadiri lebih 200 pegawai kanan kerajaan Negeri dan Persekutuan yang secara langsung telah menunjukkan komitmen dan tanggungjawab semua pihak agar dapat merancang program dan projek yang akan memberi impak kepada rakyat secara berterusan melalui penyediaan Belanjawan 2025.

Selain itu, turut diadakan Taklimat Gerak Kerja Belanjawan Negeri Johor yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Kamalludin bin Haji Jamal, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Johor serta dinyatakan tarikh – tarikh penting yang terlibat dalam memastikan pelaksanaan yang teratur dan sempurna sebelum Belanjawan Johor 2025 dibentangkan pada bulan November 2024 seperti yang dijadualkan.