ISKANDAR PUTERI – YBrs. Dr. Amirul Haffiz bin Ariff Setiausaha Bahagian, BPEN Johor menerima kunjungan hormat dari BPEN Pulau Pinang pada 26 Julai 2023 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Berlian,Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor.
Kunjungan tersebut diketuai oleh Tuan Zuhair bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pulau Pinang,di iringi bersama Encik Jeremy Low Boon Hoe Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan dan Maklumat Ekonomi) dan Encik Zarul Azwan bin Adam, Penolong Setiausaha Kanan (Pelancongan dan Ekonomi Kreatif)
Kunjungan tersebut bertujuan untuk menjalinkan hubungan rapat dan bertukar pandangan dari aspek pentadbiran di jabatan serta penyelarasan pembangunan di negeri Johor.
Turut hadir sama iaitu En. Norazmi bin Amir Hamzah, Ketua Penolong Setiausaha dan Tn. Haji Mohd Shahrin bin Dato’ Haji Rahmat,Ketua Penolong Setiausaha serta pegawai-pegawai Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor. Terima kasih kami ucapkan kerana sudi berkunjung ke tempat kami.