
Tarikh : 7 & 8 Jun 2023 (Rabu & Khamis)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Holiday Inn Johor Bahru City Centre
Terima kasih diucapkan kepada En. Muhammad Nashruddin Al-Fateh bin Mohd Sapie daripada Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor di atas perkongsian selama 2 hari berkenaan tatacara perolehan kerajaan.
Objektif kursus adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan tentang prosedur dan tatacara perolehan kerajaan yang sedang berkuatkuasa.
Kursus tersebut dihadiri oleh YBrs. Dr. Amirul Haffiz bin Ariff, Setiausaha Bahagian serta pegawai dan kakitangan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor.
Semoga ilmu yang bermanfaat ini dapat diaplikasikan dalam tugasan seharian.





