Majlis Libat Urus Penubuhan Sekretariat Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) Negeri Johor

  KOTA ISKANDAR – Majlis Libat Urus Penubuhan Sekretariat Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) Negeri Johor. Objektif libat urus ini adalah untuk menubuhkan sebuah sekretariat yang akan bertindak sebagai penggerak dan platform untuk mengkaji, merangka, membincangkan, menetapkan, menyelaras, memantau serta membuat keputusan berhubung hala tuju dan perancangan inisiatif (projek, program, aktiviti) berkaitan Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) bagi Negeri Johor.