27 JUN 2024, Opero Hotel Johor Bahru : Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor telah menganjurkan Program Kecemerlangan Organisasi Dan Penjawat Awam yang telah dihadiri seramai 50 orang dari kalangan kumpulan PNP dan Pelaksana.
Sesi Pagi telah disampaikan oleh Dr Ruzimi bin Mohamed bertajuk Menggapai Impian manakala Sesi Petang telah disampaikan oleh Tuan Firdaus Ramlan bertajuk Kesan Dan Akibat Rasuah.
Program tersebut juga telah dihadiri oleh Dr Amirul Haffiz bin Arif, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor.