2-3 JULAI 2024 | SELASA & RABU : Satu Sesi Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 yang diketuai oleh Puan Asiyah binti Haron telah diadakan pada 2-3 Julai 2024 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJ).
Skop pengauditan yang di jalankan adalah Proses Penyediaan Belanjawan Pembangunan Negeri Johor. Hasil semakan tiada NCR yang dilaporkan setakat ini.
Sekalung Penghargaan dan Tahniah diucapkan kepada pihak Jawatankuasa ISO BPENJ yang terlibat atas kerjasama dan komitmen menjayakan sesi pengauditan kali ini. Semoga penyampaian perkhidmatan BPENJ terus maju seterusnya dapat memberikan manfaat kepada pembangunan ekonomi negeri Johor.
